PENYESUAIAN
SOSIAL
1.0 Pengenalan
Penyesuaian
ialah proses adaptasi,ia berlaku dalam
pelbagai cara dan aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat
dan cara kehidupan.
Maksud
bagi penyesuaian sosial adalah keupayaan seseorang individu menyesuaikan diri
dalam kelompok sosial yang baharu. Setiap warga pelajar perlu ada penyesuaian sosial yang tinggi
dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
pendidikan.
2.0 Kemahiran Interpersonal
Komunikasi
interpersonal ialah komunikasi antara individu dengan individu lain atau
individu tersebut berkomunikasi dengan sekumpulan individu yang lain.
Komunikasi interpersonal ini sangat dinamik. Ini kerana setiap individu mestilah
sentiasa bergerak dan membawa pengaruh antara satu sama lain. Komunikasi
interpersonal merupakan tingkahlaku yang kita pelajari. Ia bukan terjadi dengan
sendirinya sebaliknya adalah hasil pemerhatian dan pengalaman lalu. Selalunya
komunikasi interpersonal ini mempunyai makna yang tersurat dan tersirat. Konsep
asas yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal ini adalah seperti konsep
kendiri, sikap, sahsiah, nilai dan matlamat. Ia akan membantu mewujudkan
seorang individu yang berkebolehan dan berkeyakinan semasa berinteraksi dengan
persekitarannya.
3.0 Kemahiran Intrapersonal
Kemahiran
intrapersonal pula ia berlaku dalam diri manusia masing-masing. Maksudnya
seseorang manusia sedang berfikir tentang sesuatu perkara. Ini adalah proses
berkomunikasi dengan diri sendiri. Sebagai contohnya,bermonolog dengan diri
sendiri untuk membuat sesuatu pilihan,keputusan dan memberikan sesuatu sebab
atau punca dan akibat.
Kemahiran
ini dapat membantu seseorang mempelajari
tentang perkembangan dirinya dari semasa ke semasa. Individu yang
mempunyai kemahiran intrapersonal dapat mengenali diri sendiri secara mendalam
dan juga mempunyai dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Jika
kita mengenali kekuatan dan kelemahan diri, maka kita dapat menentukan hala
tuju kehidupan.
Terdapat
banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar untuk meningkatkan kemahiran
intrapersonal ialah Menyimpan jurnal atau diari,menghuraikan
perasaan terhadap sesuatu mata pelajaran,Menilai kerja sendiri,Mengisi borang
dan sebagainya.
(a)
Mengisi borang;
(b)
Mencatat pengalaman hidup manis dan pahit yang pernah dialami;
(c) Melakukan sesuatu secara
individu;
(d) Menulis berkenaan sejarah
keluarga sendiri;
(e) Membuat refleksi secara senyap
4.0 Isu Perkongsian Maklumat
Terdapat banyak perkongsian
antaranya melalui penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi(ICT). Perkongsian dalam
kalangan pensyarah dan pelajar di institut semasa proses pembelajaran dan
pengajaran (P&P). Aktiviti ini boleh dilakukan melalui penggunaan internet
seperti blog, flickr, slideshare, skype, facebook, e-mail, twitter dan
sebagainya.
A. BLOG
1)
Membenarkan
pelajar mengasah kemahiran dengan menggunakan sumber
maklumat internet.
2)
Meningkatkan
motivasi untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran.
3)
Membina
pemikiran kreatif melalui penggunaan ruang komen.
4)
Merupakan
portal kreativiti dan inisiatif sendiri kerana idea yang baik
mendapat markah yang lebih
baik dari pensyarah.
B. FACEBOOK
1)
Dapat berhubung di antara pelajar dengan pensyarah secara tidak langsung
melalui komuniti pembelajaran.
2)
Dapat meningkatkan interaksi antara pensyarah atau guru dengan pelajar
3)
Dapat berkongsi nota-nota bersama rakan yang lain
4)
Dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menceburi bidang fotografi
dan subjek seni visual.
C. TWITTER
1)
Tidak perlu untuk berutus e-mel atau membuat pesanan sms
2)
Lingkungan hubungan dengan rakan twitter dan juga dapat diperluaskan.
5.0 Isu Gender Dalam
Kecemerlangan Akademik
Gender bermaksud perbezaan sifat, peranan, fungsi, dan status antara
lelaki dan perempuan. Peranan lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya dan
situasi di persekitaran. Di negara Malaysia, terdapat persatuan Dasar Wanita
Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita. Ini adalah bertujuan untuk memelihara
dan memartabatkan peranan wanita dalam sesebuah komuniti. Ia juga untuk meningkatkan
penyertaan wanita dalam pengajian formal melalui program kaunseling kerjaya.
Dalam masyarakat tradisional, peranan wanita adalah terhad sebagai penolong
kepada kaum lelaki. Wanita diberi hak yang sama dalam pelbagai aspek, misalnya
pelajar lelaki dan wanita diberi peluang yang sama untuk meneruskan pendidikan
mereka ke peringkat universiti. Tambahan pula kaum wanita telah menguasai
sistem pendidikan di Malaysia. Kemasukan pelajar baru ke IPTA dikuasai oleh
pelajar wanita. Rancangan Malaysia ke-10, adalah jumlah pemegang ijzah pertama
akan dikuasai wanita.
Kegiatan yang buruk boleh membawa kepada ramai pelajar lelaki tergendala
dalam pendidikan. Pada zaman ini, ramai dalam kalangan remaja lelaki telah dimasukkan
ke pusat serenti dan penjara juvana akibat daripada kegiatan negative tersebut.
Oleh sebab itulah, wanita sekarang mencari calon pasangan yang mempunyai
kekukuhan kewangan dan lelaki pula perlu usaha lebih bagi meningkatkan
pencapaian diri dalam hidup
6.0 Pelajar Sebagai Ahli Komuniti
Pelajaran
1)
Komuniti
pembelajaran merupakan kawasan yang melibatkan hubungan dan kerjasama antara
manusia yang mungkin asbab bagi berlakunya perubahan tingkah laku.
2)
Persekitaran
ini memerlukan sifat kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/idea,
persaingan yang sihat dan sebagainya.
3)
Komuniti
pembelajaran juga adalah tempat pelajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan,
kemahiran, nilai dan sikap yang baik.
4) Komuniti
pembelajaran professional di sebuah maktab perguruan terdiri daripada pensyarah
yang berkongsi kepakaran mereka dalam bekerja secara kolaboratif, memperbaiki
kemahiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.
REFLEKSI
Dunia tanpa sosial
diibaratkan seperti katak di bawah tempurung kerana tidak mengambil cakna
suasana di sekeliling kita. Sosial amatlah penting bagi menjana keyakinan kita
di khalayak ramai. Banyak cara untuk bersosial secara sihat yang dapat
dicontohi oleh pelbagai pihak. Cuma tinggal usaha kita sahaja untuk
melakukannya. Kegagalan untuk bersosial secara baik akan mengundang padah
kepada diri sendiri, masyarakat dan negara.

